Uncategorized

Destinasi mendaki gunung terbaik di dunia

10 Gunung Tertinggi di Dunia, Sudah Pernah Daki yang Mana?

High Tatras di Rantau Prosov, Slovakia

High Tatras di Slovakia

Destinasi mendaki gunung terbaik di dunia High Tatras pergunungan yang di kongsi antara dua sempadan negara – sempadan utara Slovakia dan sempadan selatan Poland. Daripada sempadan kedua-dua negara tersebut, ia menawarkan pemandangan flora dan fauna serta denai High Tatras yang memukau, termasuk lodge alpine. Pelancong antarabangsa telah mengesahkan Rantau Prešov di Slovakia sebagai kawasan kegemaran mereka untuk mendaki gunung.

Sallanches di Rhône-Alpes, Perancis

Kereta kabel di Chamonix, berdekatan Sallanches

Destinasi mendaki gunung terbaik di dunia Pergunungan Mont Blanc yang begitu ikonik terpampar megah jika dilihat dari serata Sallanches, sehinggakan ia agak mustahil untuk mendapatkan bilik tanpa pemandangan gunung-ganang. Perkampungan Haute-Savoie ini seringkali di lihat sebagai lokasi singgahsana daripada destinasi impian. Namun, baru-baru ini, pendaki-pendaki gunung menyedari keindahan Sallanches.
Antara sebab Sallanches kian menarik minat orang ramai adalah lokasinya di sekitar Lembah Arve, yang kian mekar menjadi hub teknologi. Pelawat ke kota tersebut juga mempunyai akses ke laluan pendakian paling mencabar dan menawarkan pemandangan paling memukau di rantau itu dan gunung Aiguille du Midi.

Nallathanniya di Daerah Nuwara Eliya, Sri Lanka

Puncak Adam, dilihat dari perkampungan Nallathanniya

Puncak Adam merupakan tapak penghijrahan keagamaan selama lebih 1,700 tahun. Penganut Kristian mempercayai bahawa ia adalah tempat pertama Adam menjejakkan kaki di bumi. Begitu juga bagi penganut Buddhist yang percaya Buddha pertama kali menjejakkan kaki di sana. Sungguhpun perkampungan Nallathanniya penuh dengan sejarah dan merupakan laluan utama ke puncak gunung, ia masih agak terpencil dan terletak jauh di pendalaman Sri Lanka.
Di kelilingi ladang teh yang menghijau, pemandangan gunung-ganang begitu memukau lantas pemilihan tempat penginapan adalah penting. Glass Rooms Accommodations menawarkan sewaan motosikal dan kereta, termasuk parking percuma. Mereka juga mempunyai restoran dan taman permainan kanak-kanak untuk menghiburkan hati pendaki-pendaki cilik.

Vent di Tirol, Austria

Jambatan gantung Vent

Vent barangkali adalah sebuah perkampungan kecil, namun ia adalah sebuah hub aktiviti dan sejarah pendakian gunung. Ini setelah salah seorang daripada pengasas Kelab Alpine Jerman tinggal di Vent. Beberapa denai pendakian terdahulu di Tirol bermula dari perkampungan alpine ini. Laluan untuk mendaki Gunung Similaun, Weißkugel and Wildspitze (gunung tertinggi di Ötztal Alps) bermula dari Vent.
Pada musim panas, puncak-puncak di gunung sekeliling membantu dalam mengekalkan suhu yang suam. Ia merupakan suasana yang paling baik untuk meneroka Taman Semulajadi Ötztal, dan terdapat banyak penginapan tempatan yang menawarkan pendakian

PelangiQQ
BACA JUGA : https://pelangiqq.xn--6frz82g/

SUMBER : PELANGIQQLOUNGE

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *